Saturday, August 28, 2010

antara impian,harapan dan cita-cita


Selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Nanti musim haji akan menjelma. Sewaktu menunggu untuk masuk kedalam pesawat, aku sempat mengambil gambar ini. Julai 2010 aku ditawarkan untuk memenuhi 1 post kosong yang mana mendapat kemudahan 'Business Class' tapi aku mahu kekal di kelas Ekonomi. Aku mahu berkhidmat untuk rakyat Terengganu. Terimakasih Kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi memberi tajaan pada anak sulongku. Along Joe akan berlepas ke Loughborough University, UK pada 28 Sept 2010 iaitu seminggu selepas Angah Syamil berlepas ke Mansoura University, Mesir pada 21 Sept 2010.
Jadi 2 orang akan berangkat, 2 orang lagi akan menghadapi exam PMR/SPM dan yang 3 orang kat sek rendah tu tetap relex je. Selamat berjuang anak-anak ku. Abah dan Mama sentiasa berdoa untuk kejayaan kelian.

Thursday, March 18, 2010

Tahniah


Tahniah buat Ketua Perkhidmatan aku. Jawatan Khas C adalah satu kejayaan bagi perkhidmatan. Cadangan no plate perdana adalah TAY 6210. Perpatah Melayu menyebut: Hujan Emas di negeri Orang.

Harap harap JPA dapat agihkan gred yang kosong tu ke Terengganu. Rakyat Terengganu masih memerlukan aku. Hidup Terengganu.






Enam dari tujuh anak-anak berada dirumah pada cuti ini. Anak kedua tak dapat balik kerana menghadapi saat-saat akhir di matrikulasi. Yang pertama baru habis diploma. Tengah intai penaja untuk gi UK. Dapat 2 tempat. Loughborough Uni. kena masuk tahun 1, Strathclyde Uni. dapat terus 3rd yr. Aircraf Manufacturing Eng.

Lawatan dalam negeri telah dirancang. Taman Temadun Islam TTI dan menaiki bot di Muara Sungai Terengganu telah menjadi pilihan.

Anak bungsu kata best lah dapat naik keretapi dan bot.

Sunday, March 14, 2010

daftar haji




Hari ini sekolah mula bercuti. Bagi meraikan anak-anak yang tujuh orang tu, aku pohon cuti jugak. Jemputan kahwin banyak tapi sempat jugak aku dan isteri singgah di Tbg Haji Marang untuk daftar Haji. Kali ini di beri tahun 2031. Alhamdullillah. Kenangan sujud di hadapan Kaabah terurai kembali.