Saturday, August 28, 2010

antara impian,harapan dan cita-cita


Selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Nanti musim haji akan menjelma. Sewaktu menunggu untuk masuk kedalam pesawat, aku sempat mengambil gambar ini. Julai 2010 aku ditawarkan untuk memenuhi 1 post kosong yang mana mendapat kemudahan 'Business Class' tapi aku mahu kekal di kelas Ekonomi. Aku mahu berkhidmat untuk rakyat Terengganu. Terimakasih Kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi memberi tajaan pada anak sulongku. Along Joe akan berlepas ke Loughborough University, UK pada 28 Sept 2010 iaitu seminggu selepas Angah Syamil berlepas ke Mansoura University, Mesir pada 21 Sept 2010.
Jadi 2 orang akan berangkat, 2 orang lagi akan menghadapi exam PMR/SPM dan yang 3 orang kat sek rendah tu tetap relex je. Selamat berjuang anak-anak ku. Abah dan Mama sentiasa berdoa untuk kejayaan kelian.

1 comment:

  1. Tahniah...berkat kesabaran ibubapa mendidik anak-anak!

    ReplyDelete